3 polis maut galah besi kena kabel elektrik

Jauteh Dikun
Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, berkata galah besi itu disyaki hilang keseimbangan lalu terkena kabel elektrik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Galah besi terkena kabel elektrik dipercayai menjadi punca tiga polis maut ketika sedang menjolok kelapa dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort, petang tadi.

Kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila galah besi digunakan secara tiba-tiba hilang keseimbangan lalu terkena kabel elektrik di atas, lapor Berita Harian.

Dua lagi anggota yang berada berhampiran kemudian cuba membantu mangsa, namun turut terkena renjatan sebelum mereka disahkan meninggal dunia.

Mangsa meninggal dunia adalah Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29; dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, berkata siasatan awal mendapati tiga anggota itu pergi mengambil kelapa sebelum insiden berlaku.

“Ketika menggunakan galah besi yang panjang, alat itu dipercayai hilang keseimbangan lalu terkena kabel elektrik.

“Dua lagi anggota cuba membantu rakannya, namun turut terkena renjatan elektrik,” katanya memetik laporan itu.

Katanya, polis sudah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, manakala bedah siasat akan dijalankan sebelum mayat diserahkan kepada waris.

Author: admin