Harga petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen

fuel price design 1 bm

PETALING JAYA: Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi turun 5 sen mulai esok.

Minyak RON97 dijual pada harga RM4.35 seliter dan RON95 tanpa subsidi dijual pada harga RM3.77 seliter

Manakala, diesel tanpa subsidi pula dijual pada harga RM4.57 seliter. Semua harga ini berkuat kuasa hingga 12 Ogos.

Sementara itu, harga minyak bersubsidi kekal tidak berubah di mana RON95 bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter dan diesel menerusi BUDI Diesel terus dijual RM2.10 seliter.

Harga subsidi bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi masing-masing turut tidak berubah pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkata harga produk petroleum tanpa subsidi dipengaruhi oleh pergerakan harga minyak mentah di pasaran global sepanjang minggu lalu.

Kementerian turut menyeru rakyat mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat, merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu untuk membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

Author: admin