
PETALING JAYA: Sebanyak 44.67% atau 384,096 daripada 859,760 pengundi keluar mengundi pada PRN Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, DUN Senaling mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi dalam tempoh itu dengan 51.6%, Seri Menanti (51.4%), dan Kota (50.6%).
Lobak merekodkan peratusan keluar mengundi terendah, 38.2%.
Jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN lalu ialah 42.63% atau 357,321 daripada 838,200 pengundi.
