Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor bagi penggal kedua

onn hafiz ghazi
Adun Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. (Gambar Facebook The Royal Johor)

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional Johor, Onn Hafiz Ghazi, mengangkat sumpah jawatan menteri besar untuk penggal kedua, di Istana Bukit Serene.

Majlis petang tadi menyusuli kemenangan BN pada PRN Johor ke-16 semalam, menyaksikan gabungan diterajui Umno itu memenangi 48 daripada 56 kerusi di DUN.

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Onn Hafiz mula berkhidmat sebagai menteri besar pada Mac 2022, selepas BN memenangi 40 kerusi pada PRN tahun sama.

Pelantikan beliau ketika itu mengejutkan ramai pihak memandangkan penyandang terdahulu, Hasni Mohammad, dijangka akan dilantik untuk penggal kedua.

Onn Hafiz kini dalam penggal ketika sebagai Adun. Beliau mewakili rakyat Layang-Layang pada 2018 sebelum berpindah ke Machap pada 2022.

Author: admin