
PETALING JAYA: Kertas siasatan aduan ugutan jenayah oleh ahli perniagaan kontroversi Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat hasil penilitian menyeluruh terhadap kertas siasatan yang dikemukakan polis tersebut.
“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati eleman kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan.
“Oleh demikian kertas siasatan tersebut diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut),” katanya dalam kenyataan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
