5 maut, 41 hilang feri Indonesia terbakar

Pasukan mencari dan menyelamat diberi taklimat selepas sebuah feri terbakar di luar Pulau Madura, Surabaya. (Gambar Reuters)

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lima maut dan 41 lagi hilang selepas sebuah feri terbakar di luar Pulau Madura, Surabaya, kata agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

Feri itu membawa 271 penumpang dan kru, dengan 225 daripadanya diselamatkan, menurut data agensi pada petang Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Feri itu dalam perjalanan dari Surabaya di wilayah Jawa Timur ke bandar Makassar di Sulawesi Selatan.

Tidak jelas bagaimana feri itu terbakar pada pagi Ahad, menurut agensi itu dalam kenyataan.

Pulau Madura terletak di pesisir timur laut Jawa.

Author: admin