PRN N Sembilan: 18% keluar mengundi setakat 10 pagi

SPR berkata, seramai 156,678 daripada 859,760 pengundi turun memilih setakat 10 pagi ini.

PETALING JAYA: Sebanyak 18.22% atau 156,678 daripada 859,760 pengundi turun memilih pada PRN Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, DUN Klawang mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi dalam tempoh itu dengan 21.5%, Seri Menanti (21.4%), dan Chennah (21.1%).

Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah, 15.7%%.

Jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN lalu ialah 18.12% atau 151,867 daripada 838,200 pengundi.

Author: admin