
HYDERABAD: Sembilan maut dalam letupan di sebuah kilang mercun di negeri Gujarat, India, pada Sabtu.
Media tempatan melaporkan enam lagi cedera dalam kejadian di kilang “Talent Fireworks” yang terletak di kawasan Vastral, bandar Ahmedabad.
Kilang itu dilaporkan beroperasi tanpa lesen dan pemiliknya sudah ditahan polis.
Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan bantuan 200,000 rupee (kira-kira RM8,490) daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri kepada waris setiap mangsa korban.
Ketua Menteri Gujarat, Bhupendra Patel, berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan 400,000 rupee kepada setiap keluarga mangsa korban.
Bencana berkaitan mercun sering berlaku di India, dengan premis pengeluaran dilaporkan kerap tidak mempunyai langkah keselamatan atau permit sewajarnya.
