Tok Mat sahkan BN ada persefahaman dengan parti lain

Barisan Nasional
Pada PRN Negeri Sembilan 2023, BN yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menang 14 kerusi.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan, sekali gus menguatkan spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama pilihan raya dengan Perikatan Nasional (PN).

Kerjasama itu mungkin membabitkan parti komponen PN seperti PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) tanpa penyertaan Bersatu.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan juga mengesahkan BN akan bekerjasama dengan sebuah parti namun tidak mengumumkannya.

“Yang penting bukan Linggi,” katanya merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) diwakili Menteri Besar Aminuddin Harun yang bertanding di kerusi itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin