Bacaan ke-2 RUU pisah kuasa peguam negara, pendakwa raya ditangguh

Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata ia diteruskan pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bacaan kedua rang undang-yndang bagi memisahkan fungsi peguam negara dan pendakwa raya ditangguhkan dan
akan diteruskan pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

Ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata kerajaan bercadang meneruskan bacaan kedua dan ketiga RUU itu selepas Majlis Raja-raja disembah
maklum mengenai cadangan pindaan.

“Menurut Peraturan Mesyuarat 62 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya memohon supaya prosiding bacaan kali kedua RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 ditangguhkan dan diteruskan pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin