
PUTRAJAYA: Pertarungan undang-undang selama tiga tahun yang mengancam kerjaya politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berakhir hari ini apabila Mahkamah Persekutuan dalam keputusan berbelah bahagi, mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram.
Dengan menolak rayuan pihak pendakwaan, hakim majoriti memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan membuat keputusan betul apabila membatalkan sabitan terhadap Ahli Parlimen Muar itu, dan tiada asas untuk campur tangan lanjut di peringkat rayuan.
Ruzima Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah berada dalam majoriti, manakala Abu Bakar Jais menentang keputusan tersebut.
Panel tiga hakim itu mendengar rayuan berkenaan enam bulan lalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
