
SIMPANG RENGGAM: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi PRN Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam, pagi tadi.
Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Machap, tiba di pusat mengundi kira-kira 8 pagi dengan berbaju Melayu putih dan bersongkok sebelum beratur di saluran empat untuk mengundi.
Menurutnya, proses pengundian setakat pagi ini berjalan lancar dengan cuaca yang baik.
“Alhamdulillah saya tengok dari segi suasana rakyat Johor mengundi pada hari ini berada dalam keadaan yang baik. Cuaca pun nampak baik.
“Jadi saya mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Johor,” katanya yang turut meluangkan masa menyapa pengundi di sekitar pusat mengundi.
Pada PRN Johor kali ini, Onn Hafiz mempertahankan kerusi DUN Machap yang dimenanginya pada pilihan raya 2022 dengan majoriti 6,543 undi.
Beliau dicabar calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan, dalam pertandingan dua penjuru.
