Onn Hafiz mendahului pencabar dengan perbezaan besar

Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi menang di Machap dengan kelebihan 6,543 undi pada PRN lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, dikatakan mendahului persaingan di DUN Machap.

Calon Barisan Nasional meninggalkan pencabarnya dengan 14,700 undi, menurut kiraan undi tidak rasmi.

Pada PRN kali ini, Onn Hafiz mempertahankan Machap daripada calon Pakatan Harapan, Nur Hafiz Roslan.

Onn Hafiz melangkah ke gelanggang dengan rekod 6,543 majoriti undi pada PRN lalu, diraih dalam pertandingan empat penjuru.

Author: admin