
PETALING JAYA: Tepat 6 petang tadi semua 1,076 pusat mengundi membabitkan 4,889 saluran bagi PRN Johor ditutup.
Ia menandakan bermulanya proses pengiraan dalam menentukan parti bakal mendapat mandat baharu untuk mentadbir Johor.
Berdasarkan pengiraan undi awal, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendahului di beberapa kerusi.
Berdasarkan perkongsian terakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi 67.44% membabitkan 1.8 juta pengundi.
Seramai 2.73 juta orang layak mengundi dalam PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran DUN pada 1 Jun.
Selain BN dan PH, PRN Johor juga ditandingi Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Muda, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan bebas.
Ikuti liputan langsung FMT yang akan membawakan perkembangan terkini PRN Johor.
Laporan FMT disediakan wartawan Minderjeet Kaur, Faiz Zainudin, Mohamad Fadli dan Nur Alif Hazmi.
Turut berada di lapangan jurugambar Muhammad Fauzi Md Yunus, Mohd Afizi Ismail, Muhammad Rabbani Jamian dan Moganraj Villavan.
BN mendahului di Jementah, Tangkak, Bentayan dan Mengkibol yang kesemuanya disandang DAP.
