
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu beberapa gerai di sekitar Jalan Petaling semalam yang dikesan menjual jersi tiruan Piala Dunia 2026.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata dalam serbuan bermula kira-kira 6 petang itu, pihaknya enam pekerja warga asing dan merampas 5,403 jersi tiruan bernilai RM270,150.
Shahran berkata siasatan awal mendapati jersi tiruan itu dijual kepada pada harga kira-kira RM50 sehelai, namun dijual lebih tinggi kepada pelancong asing hingga melebihi RM100 sehelai, lapor Berita Harian.
Katanya, hasil temu bual dengan beberapa pelancong mendapati mereka membeli jersi terbabit tanpa menyedari ia barangan tiruan.
“Pemeriksaan mendapati gerai menjual jersi tiruan gred A dan B, manakala stor turut dilengkapi mesin khas untuk mencetak nama serta nombor pada jersi.
“Mereka dipercayai mampu menjual sehingga 100 helai jersi sehari, sekali gus menjana keuntungan kira-kira RM5,000 sepanjang musim Piala Dunia,” katanya,
Menurutnya, siasatan awal mendapati premis diserbu dipercayai dikendalikan sindiket berbeza dan KPDN sedang mengesan pemilik serta individu yang menyewa premis terbabit bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019.
