
SIMPANG RENGGAM: Calon Barisan Nasional, Onn Hafiz Ghazi yang dalam misi mempertahankan kerusi Machap berdepan saingan Nur Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan pada PRN Johor 11 Julai ini.
Pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya DUN Machap, Izzul Helmi Ahmad di pusat penamaan calon di Majlis Daerah Simpang Renggam.
Terdahulu, Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein mengiringi Onn Hafiz ke pusat penamaan calon, selain Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohammad dan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz yang juga pengerusi BN negeri memenangi kerusi Machap dengan majoriti 6,543 undi, menewaskan calon PN, Azlisham Azahar, R Sangaran (Muda) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang).
