Bersama pertaruh 15 calon untuk PRN Johor

Presiden Bersama, Syukri Razab, mengumumkan 15 calon untuk PRN Johor.

JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mempertaruhkan 15 calon bagi menghadapi PRN Johor ke-16, penampilan sulung parti itu dalam gelanggang pilihan raya.

Sebelum ini, Bersama berkata pemilihan kerusi dibuat berdasarkan demografi pengundi dan kecenderungan pengundian, hasil dapatan kaji selidik serta data yang dikumpulkan sepanjang enam bulan lalu.

Ia turut mengambil kira tahap sokongan terhadap parti itu setakat ini, menerusi jumlah keahlian di peringkat kawasan Parlimen, kecenderungan ahli di kawasan berkenaan, dan kesesuaian calon.

Pengumuman oleh Presiden Bersama, Syukri Razab, malam tadi menandakan bermulanya persaingan dengan Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Berikut senarai calon Bersama:

  1. N14 Bukit Naning – Iskandar Md Alias
  2. N29 Mahkota – Abd Hamid Ali
  3. N40 Tiram – Harith Fakhrudin Abd Malek
  4. N41 Puteri Wangsa – Nicholas Paul Vincent
  5. N42 Johor Jaya – Lau Yi Leong
  6. N43 Permas – Dr Zamil Najwah
  7. N44 Larkin – Norsinah Abu
  8. N45 Stulang – Stanley Tan
  9. N46 Perling – Boo Wei Han
  10. N47 Kempas – Salamahafifi Mohd Yusnaieny
  11. N48 Skudai – Eugene Chua Meng Chong
  12. N49 Kota Iskandar – Sahrudin Omar
  13. N50 Bukit Permai – Muhammad Aidil Riduan Mohd Yusof
  14. N51 Bukit Batu – Tamili Gopalakrishnan
  15. N52 Senai – Tew Chian How

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin