Maszlee sedia debat Onn Hafiz

MASZLEE MALIK DAN ONN HAFIZ GHAZI tile pic 23626
Calon PH bagi Puteri Wangsa, Maszlee Malik, umum kesediaan untuk berdepan Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, dalam debat bersempena PRN Johor.

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan, Maszlee Malik, mengumumkan kesediaan untuk berdebat dengan Pengerusi Barisan Nasional Johor, Onn Hafiz Ghazi, bersempena PRN Johor.

Calon bagi DUN Puteri Wangsa itu berharap debat itu menjadi wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang.

“Dengan segala rasa rendah diri dan hormat, serta berpijak di atas latar dan prinsip demokrasi, saya menerima pelawaan/cabaran ini,” katanya di Facebook, menyahut cadangan debat daripada pengguna Facebook.

Maszlee merupakan bekas menteri pendidikan, manakala Onn Hafiz adalah menteri besar Johor pada penggal lalu.

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan bertembung di semua 56 kerusi. Rakyat Johor akan memilih pada 11 Julai.

Author: admin