
PETALING JAYA: PAS, Gerakan dan MIPP bukan tetamu. Bersatu bukan tuan rumah.
Itu hantaran di Facebook rasmi Perikatan Nasional (PN) yang menimbulkan persoalan ketika masa depan gabungan itu dilihat tidak menentu selepas PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
“Kita semua memiliki parti gabungan ini. Kita tidak boleh merasakan sesiapa lebih besar secara individu dalam parti gabungan ini kerana kita adalah Perikatan Nasional,” tulisnya.
Hantaraan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya ketika hubungan antara PAS dan Bersatu menjadi tumpuan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia hadir selepas PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai hala tuju PN menjelang pilihan raya akan datang.
Terdahulu Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata gabungan itu akan mengadakan perbicangan segera dengan rakan komponen susulan keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.
Untuk rekod, selepas PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu pada 8 Jun lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Afif Bahardin menggesa Presidennya Muhyiddin Yassin kembali menerajui PN.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.
Pada Februari lalu, Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menteri besar Terengganu dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu.
