
KUALA LUMPUR: PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, beberapa minggu selepas Presiden Hadi Awang memberi amaran bahawa kesabaran ‘ada batas’.
Perkembangan itu diumumkan Hadi seusai mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang beliau dipengerusikan, malam tadi.
“Mesyuarat khas yang diadakan pada hari ini telah membuat ketetapan seperti berikut: Menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu,” menurut kenyataan.
Ketetapan tersebut diumumkan selepas ia memperakukan keputusan mesyuarat majlis syura ulama pada 2 Jun, berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS.
Mesyuarat turut meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS-Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
Ketetapan selanjutnya, Hadi mengumumkan PAS akan meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Kepimpinan juga menerima hasrat pemimpin politik untuk menyertai PAS, katanya.
Perkembangan ini menyilang persediaan Perikatan Nasional yang dianggotai PAS dan Bersatu untuk menghadapi PRN di Johor, dan Negeri Sembilan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
