
PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah dibubarkan, sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-16 yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, memperkenankan permintaan beliau untuk membubarkan DUN.
Langkah tersebut menyusuli ketegangan politik selama beberapa minggu, yang tercetus bulan lalu apabila semua 14 Adun Barisan Nasional menarik balik sokongan kepada Aminuddin, berhubung pengendalian kontroversi yang melibatkan empat Undang yang cuba menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Umno Pusat kemudian mengarahkan Adun mereka supaya menyokong kerajaan negeri, namun pemimpin Pakatan Harapan dan Umno secara terbuka menggesa pembubaran DUN sebagai jalan penyelesaian.
BERITA LANJUT MENYUSUL
