
PUTRAJAYA: Saiful Hazmi Saad dilantik sebagai pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang dilantik sebagai timbalan ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara berkuat kuasa 2 Mac lalu.
Saiful, 56, sebelum ini merupakan timbalan ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.
Menurut arahan pertukaran bertarikh 20 Mei yang ditandatangani Peguam Negara Dusuki Mokhtar dan dilihat FMT, Saiful akan memulakan tugas dalam jawatan baharunya hari ini.
Saiful sebelum ini pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di Kuala Lumpur dan Kelantan, selain di SPRM.
