Samsuri dilantik ketua pembangkang baharu

Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi PN Samsuri Mokhtar dilantik sebagai ketua pembangkang baharu bagi menggantikan Hamzah Zainudin dikatakan telah melepaskan jawatan disandangnya sejak 2022. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Samsuri Mokhtar dilantik sebagai ketua pembangkang baharu.

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Kuala Lumpur yang bersetuju memberi tanggungjawab kepada Ahli Parlimen Kemaman itu untuk mengetuai blok pembangkang di Parlimen.

Samsuri, yang juga menteri besar Terengganu, dijangka menyelaras strategi pembangkang serta mewakili blok itu dalam perbahasan Parlimen dan perbincangan dasar utama negara.

Pelantikan itu menamatkan spekulasi berhubung jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini menjadi perhatian susulan perbincangan dalaman PN mengenai keperluan memperkukuh kepimpinan gabungan berkenaan di Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata majlis itu turut membincangkan kerjasama politik lebih luas, termasuk bersetuju membentuk pakatan pilihan raya dengan parti yang mempunyai kepentingan bersama dengan gabungan itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin