Asean sedia libat urus lebih berkesan dengan Myanmar, kata Anwar

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim berkata pemimpin Asean kini serius mempertimbangkan pendekatan libat urus yang ‘agresif’ dengan Myanmar sambil mengekalkan Konsensus Lima Perkara blok itu.

CEBU: Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan perbincangan terbaru Asean mengenai Myanmar sebagai ‘kemajuan besar’, sambil berkata negara anggota kini menunjukkan kesediaan lebih tinggi untuk melibatkan negara itu secara lebih berkesan.

Anwar berkata pemimpin Asean kini serius mempertimbangkan pendekatan libat urus yang ‘agresif’ dengan Myanmar sambil mengekalkan Konsensus Lima Perkara blok itu.

“Hari ini, buat pertama kali, ada kesediaan untuk berkata, ‘Baiklah, kita teruskan. Konsensus Lima Perkara kekal, tetapi sekurang-kurangnya kita mesti mempunyai libat urus yang lebih berkesan,’” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata perubahan itu menandakan perubahan ketara berbanding perbincangan terdahulu, apabila kurang komitmen dalam kalangan pemimpin Asean untuk menggerakkan proses tersebut.

Anwar turut berkata menteri luar Asean akan memulakan perbincangan dalam tempoh beberapa minggu mengenai mekanisme libat urus baharu melibatkan Myanmar.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin