Umno Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap Aminuddin

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata beliau bersama 13 lagi Adun mewakili BN amat dukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Semua 14 Adun Umno-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun dan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat susulan krisis didakwa melibatkan institusi perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.

Katanya, beliau bersama 13 lagi Adun yang mewakili BN amat dukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku.

“Semua 14 Adun Umno-BN Negeri Sembilan, dengan ini, sebulat suara, hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, Aminuddin sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaannya dalam menangani kemelut itu.

Katanya, krisis itu dilihat berpotensi menjejaskan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan memberi kesan mendalam kepada kestabilan serta keharmonian rakyat.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin