Gempa kuat landa Sulawesi, gegaran dirasai di Sabah

Jabatan Meteorologi berkata gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah. (Gambar MetMalaysia)

KUALA LUMPUR: Gempa kuat bermagnitud 6.1 dikesan di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 12.25 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 0.1 darjah selatan dan 120.6 darjah timur, dengan kedalaman 10km.

Gempa bumi itu berada pada jarak 116km timur laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara.

Author: admin