
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook melepaskan jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan.
Perkembangan ini berlatarkan kekalahan DAP di dua kerusi pada PRN Negeri Sembilan, termasuk Chennah yang beliau pertahankan.
Loke sebelum ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk berundur sebagai pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas kalah di Chennah.
Beliau tewas di Chennah kepada calon MCA, Siow Kong Choon, dengan majoriti 688 undi pada Sabtu, sekali gus menamatkan khidmat tiga penggal Loke di situ.
Loke sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Lobak dari 2004 hingga 2013, dan mewakili Chennah mulai 2013. Beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Seremban selama tiga penggal.
BERITA LANJUT MENYUSUL
