BN-PN boleh tubuh kerajaan, peroleh 2/3, kata Asyraf

penyokong bendera bn
Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, kata BN-PN peroleh bilangan kerusi secukupnya untuk tubuh kerajaan di Negeri Sembilan.

PETALING JAYA: Barisan Nasional-Perikatan Nasional sudah memperoleh bilangan kerusi secukupnya untuk menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan, kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Bahkan, BN-PN memperoleh majoriti 2/3 kerusi di DUN, katanya di ibu pejabat Umno Negeri Sembilan, menurut kiraan undi tidak rasmi.

Terdahulu, Asyraf mengumumkan BN peroleh 18 kerusi manakala PN meraih lima kerusi.

Parti politik memerlukan 19 kerusi untuk membentuk majoriti mudah di DUN, dan 24 untuk meraih majoriti 2/3.

Author: admin