PRN N Sembilan: 14.31% mengundi awal setakat 9 pagi

Undi Awal PRN N9
Seramai 925 anggota polis dan 1,431 tentera bersama pasangan menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi tadi.

SEREMBAN: Sebanyak 14.31% pengundi awal bagi PRN Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi tadi.

Berdasarkan data terkini yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu membabitkan 1,431 anggota tentera dan 925 polis serta pasangan.

Sebanyak 38 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi tadi untuk 22,339 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mereka.

Semua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang ini, bergantung kepada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi DUN, dengan 889,490 juta pemilih akan mengundi pada Sabtu ini.

Author: admin