Andy Burnham PM baharu UK

Raja Charles III bersama perdana menteri baharu UK Andy Burnham di Istana Buckingham, London. (Gambar AFP)

LONDON: Ketua Parti Buruh Andy Burnham dilantik sebagai perdana menteri baharu Britain, menurut pengesahan Istana Buckingham pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Burnham tiba di Istana Buckingham sejurus selepas Keir Starmer secara rasmi meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Dalam pertemuannya dengan Raja Charles III, Burnham diminta membentuk kerajaan baharu, sekali gus dilantik sebagai perdana menteri baharu negara itu.

Terdahulu, Starmer menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai perdana menteri di luar 10 Downing Street dengan berkata: “Tugas saya telah selesai.”

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya, Burnham, serta mengucapkan terima kasih kepada kakitangan 10 Downing Street dan isterinya, Victoria, atas sokongan yang diberikan.

“Ahli Parlimen Sir Keir Starmer menghadap Raja pagi ini dan mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta First Lord of the Treasury, yang diperkenankan oleh baginda,” menurut kenyataan Istana Buckingham.

Burnham dijangka tiba di 10 Downing Street untuk menyampaikan ucapan sulungnya sebagai perdana menteri pada lewat Isnin.

Author: admin