
PETALING JAYA: Aktivis Tamim Dahri Abdul Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi esok untuk didakwa esok, menurut polis.
Ketua Polis Langkawi Khairul Azhar Nuruddin berkata, aktivis berusia 33 tahun itu itu ditahan semula oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi, berhubung satu kes yang disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, sejurus tempoh reman dua harinya tamat hari ini,
“Suspek sebelum ini ditahan pada 18 Julai di IPD Port Dickson bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum direman selama dua hari bermula 19 hingga 20 Julai,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Terdahulu dilaporkan Tamim Dahri yang didakwa melarikan diri ke luar negara berhubung kes ugutan menerusi Facebook akhirnya menyerah diri di IPD Port Dickson Sabtu lepas, selepas berada lebih empat bulan di Thailand.
