
PETALING JAYA: Seramai 103 calon bertanding dalam PRN Negeri Sembilan ke-16, dengan pengundian pada 1 Ogos dijangka menyaksikan persaingan pelbagai penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang kini berpecah.
Antara nama besar yang bertanding ialah Menteri Besar, Aminuddin Harun, yang berpindah dari Sikamat ke Linggi; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang mempertahankan kerusi Chennah; Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, yang memburu penggal ketujuh di Rantau; serta Pengerusi Umno negeri, Jalaluddin Alias, yang mempertahankan kerusi Pertang.
Turut bertanding ialah bekas Ahli Parlimen Kapar daripada PKR, G Manivannan, di Jeram Padang, serta Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, di Sikamat.
Walaupun PH dan BN sebelum ini bersama mentadbir Negeri Sembilan selepas PRN 2023, kedua-dua gabungan itu kini akan berdepan antara satu sama lain di beberapa kerusi susulan tindakan semua 14 Adun Umno menarik sokongan terhadap Aminuddin pada April lalu.
Tindakan itu dibuat susulan pertikaian melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan empat Undang Luak, yang akhirnya membawa kepada pembubaran DUN pada Jun.
PH akan bertanding solo di semua 36 kerusi, manakala BN dan PN mencapai persefahaman pilihan raya yang menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi dan PN di 11 kerusi.
Bagaimanapun, Bersatu keluar daripada kerjasama tersebut dan akan bertanding menggunakan logonya sendiri di 24 kerusi.
Parti lain yang turut menyertai pilihan raya ini termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Orang Asli Malaysia, masing-masing bertanding di satu kerusi.
Pengundian awal akan berlangsung pada 28 Julai, manakala hari mengundi ditetapkan pada 1 Ogos.
Berikut ialah senarai penuh calon yang mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut:
N1. Chennah
- Loke Siew Fook (PH)
- Siow Kong Choon (BN)
Pemenang PRN 2023: Loke Siew Fook (PH) – 5,888 undi (2,200 majoriti)
N2. Pertang
- Umry Abdul Khois (PH)
- Jalaluddin Alias (BN)
- Faizal Fadli Idrus (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Jalaluddin Alias (BN) – 5,634 undi (2,790 majoriti)
N3. Sungai Lui
- Zainal Fikri Abd Kadir (PH)
- Razi Ali (BN)
- Mazrulhisham Abd Mansor (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Razi Ali (BN) – 6,939 undi (535 majoriti)
N4. Klawang
- Bakri Sawir (PH)
- Danni Rais (PN)
- Adib Musa (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Bakri Sawir (PH) – 4,598 undi (577 majoriti)
N5. Serting
- Yaacob Mahmood (PH)
- Fairuz Isa (PN)
- Noraffendy Salleh @ Affendy Salleh (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Fairuz Isa (PN) – 10,312 undi (843 majoriti)
N6. Palong
- Zahin Zinal Abidin (PH)
- Mustapha Nagoor (BN)
- Rebin Birham (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Mustapha Nagoor (BN) – 7,940 undi (564 majoriti)
N7. Jeram Padang
- G Manivannan (PH)
- Zaidy Abdul Kadir (BN)
- R Sri Sanjeevan (Bersatu)
- Dayana Dal (Parti Orang Asli Malaysia)
Pemenang PRN 2023: Zaidy Abdul Kadir (BN) – 5,462 undi (693 majoriti)
N8. Bahau
- Teo Kok Seong (PH)
- Chong Fui Ming (BN)
Pemenang PRN 2023: Teo Kok Seong (PH) – 11,939 undi (8,408 majoriti)
N9. Lenggeng
- Zarinna Abu Zarin (PH)
- Asna Amin (BN)
- Zool Amali Hussin (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Asna Amin (BN) – 10,040 votes (685 majoriti)
N10. Nilai
- J Arul Kumar (PH)
- Lai Chien Kong (BN)
- V K Saravana (Bersatu)
- Zamani Ibrahim (Berjasa)
- Omar Mohd Isa (Bebas)
Pemenang PRN 2023: J Arul Kumar (PH) – 19,133 undi (10,889 majoriti)
N11. Lobak
- Chew Seh Yong (PH)
- P Kumar (PN)
Pemenang PRN 2023: Chew Seh Yong (PH) – 14,357 undi (13,504 majoriti)
N12. Temiang
- Ho Weng Wah (PH)
- Leaw Kok Chan (BN)
- Fazly Hamid (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Ng Chin Tsai (PH) – 5,710 undi (3,068 majoriti)
N13. Sikamat
- Nor Azman Mohamad (PH)
- Razali Abu Samah (PN)
- Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Aminuddin Harun (PH) – 12,730 undi (2,662 majoriti)
N14. Ampangan
- Nazri Kassim (PH)
- Rafie Abd Malek (PN)
- Noor’Azah Harun (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (PH) – 6,054 undi (329 majoriti)
N15. Juasseh
- Aidil Abdullah (PH)
- Ismail Lassim (BN)
- Zuhaimi Md Yusof (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Bibi Sharliza Khalid (BN) – 4,549 undi (78 majoriti)
N16. Seri Menanti
- Kamarul Arifin Wafa (PH)
- Sufian Maradzi (BN)
- Megat Shahriman Zaharudin (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Sufian Maradzi (BN) – 3,711 undi (370 majoriti)
N17. Senaling
- Hanis Alimin (PH)
- Qayyum Abd Jalil (BN)
- Izaffi Istear Khan (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Ismail Lasim (BN) – 3,724 undi (662 majoriti)
N18. Pilah
- Noorzunita Begum Ibrahim (PH)
- S Leza Md Yasin (BN)
Pemenang PRN 2023: Noorzunita Begum Ibrahim (PH) – 6,222 undi (1,079 majoriti)
N19. Johol
- Zailan Munawar (PH)
- Saiful Yazan Sulaiman (BN)
Pemenang PRN 2023: Saiful Yazan Sulaiman (BN) – 5,228 undi (2,117 majoriti)
N20. Labu
- Ahmad Faez Abdul Razak (PH)
- Siti Nur Umaira Hasim (BN)
- Hanifah Abu Baker (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Hanifah Abu Baker (PN) – 11,661 undi (1,640 majoriti)
N21. Bukit Kepayang
- Nicole Tan Lee Koon (PH)
- Lee Boon Shian (PN)
Pemenang PRN 2023: Nicole Tan Lee Koon (PH) – 24,626 undi (19,684 majoriti)
N22. Rahang
- Siau Meow Kong (PH)
- Yap Siok Moy (BN)
- S Tinagaran (PSM)
- Tang Jay Son (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Siau Meow Kong (PH) – 9,868 undi (6,432 majoriti)
N23. Mambau
- Lee Kai Yet (PH)
- Erik Michael (PN)
- N Sarawanan (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Yap Yew Weng (PH) – 14,911 undi (12,389 majoriti)
N24. Seremban Jaya
- S Mugunthan (PH)
- R T Thinalan (BN)
- R Mahendran (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: P Gunasekaren (PH) – 13,760 undi (10,507 majoriti)
N25. Paroi
- Ahmad Shahir Shah (PH)
- Kamarol Ridzuan Zain (PN)
- Nazree Yunus (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Kamarol Ridzuan Zain (PN) – 23,840 undi (5,539 majoriti)
N26. Chembong
- Danish Nazran Murad (PH)
- Zairul Bahri Idris (BN)
Pemenang PRN 2023: Zaifulbahri Idris (BN) – 11,261 undi (4,335 majoriti)
N27. Rantau
- Dr Azizul Hakim Mahdi (PH)
- Mohamad Hasan (BN)
Pemenang PRN 2023: Mohamad Hasan (BN) – 16,957 undi (10,280 majoriti)
N28. Kota
- Allif Ibrahim (PH)
- Suhaimi Aini (BN)
- Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Suhaimi Aini (BN) – 5,869 undi (135 majoriti)
N29. Chuah
- Yew Boon Lye (PH)
- Pau Jeou Ching (BN)
Pemenang PRN 2023: Yew Boon Lye (PH) – 8,172 undi (6,298 majoriti)
N30. Lukut
- Choo Ken Hwa (PH)
- N Sathes Kumar (PN)
- Teo Seng Lee (Bebas)
Pemenang PRN 2023: Choo Ken Hwa (PH) – 13,696 undi (10,135 majoriti)
N31. Bagan Pinang
- Nasir Rahman (PH)
- Abdul Fatah Zakaria (PN)
- Sheikh Junaidy Jamaludin (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Abdul Fatah Zakaria (PN) – 10,921 undi (3,426 majoriti)
N32. Linggi
- Aminuddin Harun (PH)
- Faizal Ramli (BN)
- Zamri Said (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Faizal Ramli (BN) – 7,832 undi (1,461 majoriti)
N33. Sri Tanjung
- G Rajasekaran (PH)
- Achutan Alagan (BN)
- M Leevineshwaraan (Bersatu)
- Islah Wahyudi Zainudin (Bebas)
- A Saravanan (Bebas)
Pemenang PRN 2023: G Rajasekaran (PH) – 8,239 undi (3,996 majoriti)
N34. Gemas
- Siti Aishah Seman@Othman (PH)
- Ridzuan Ahmad (PN)
- Fadil Daud (Bersatu)
Pemenang PRN 2023: Jamlus Aziz (PN) – 8,610 undi (6,842 majoriti)
N35. Gemencheh
- Abd Latif A Tambi (PH)
- Suhaimizan Bizar (BN)
Pemenang PRN 2023: Suhaimizan Bizar (BN) – 8,905 undi (2,434 majoriti)
N36. Repah
- S Veerapan (PH)
- Koh Kim Swee (BN)
Pemenang PRN 2023: S Veerapan (PH) – 11,507 undi (5,950 majoriti)
