
WASHINGTON: Angka korban dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lalu meningkat kepada 4,734 orang, kata Presiden Dewan Kebangsaan, Jorge Rodriguez pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
Katanya, seramai 16,740 orang turut cedera.
Menurutnya, pihak berkuasa menyalurkan bantuan kepada 128,324 keluarga serta membuka 107 pusat perlindungan sementara yang menempatkan 20,903 orang, manakala 17,907 lagi belum mempunyai tempat tinggal kekal.
Gempa bumi itu turut merosakkan 856 bangunan, termasuk 190 yang runtuh.
Dua gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun lalu.
