Risalah ‘amanat’ seru jentera, pengundi sokong BN bukan dari PAS

Mohd Firdaus Jaffar
Ketua Penerangan Firdaus Jaffar kata ‘Amanat Tuan Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia’ yang sedang tersebar bukan daripada PAS. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: PAS tidak ada mengeluarkan risalah ‘amanat’ menyeru jentera dan pengundinya supaya menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor kali ini, yang sedang tersebar, kata PAS Johor.

Ketua Penerangan Firdaus Jaffar berkata PAS dan Presiden Hadi Awang tidak pernah mengeluarkan ‘Amanat Tuan Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)’, yang tersebar menjelang hari pengundian esok.

“Risalah tersebut bukan kenyataan, arahan atau amanat rasmi presiden PAS, dan tidak pernah dikeluarkan oleh PAS Pusat mahupun PAS Johor,” menurut kenyataan.

PAS Johor turut memuatnaik gambar risalah itu, memaparkan gambar Presiden Hadi Awang dan nama beliau.

“PAS Johor memandang serius penyebaran bahan yang menggunakan nama dan imej pimpinan parti tanpa kebenaran sehingga boleh mengelirukan ahli, penyokong serta masyarakat umum mengenai pendirian rasmi parti.”

Pada 28 Jun lalu, PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

Semalam, Hadi memberitahu pemberita bahawa PAS sanggup menyokong Umno untuk mempertahankan kuasa politik Melayu-Islam, bahkan sedia menyumbang kerusi sekiranya BN tidak peroleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed, berkata arahan kepada penyokong PAS supaya menyokong calon BN di DUN yang tidak ditandingi PN dibuat atas pertimbangan lebih besar.

Author: admin