
PETALING JAYA: Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan RON97 turun 10 sen bagi tempoh 1 Julai hingga 8 Julai.
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dikemas kini kepada RM3.37 seliter, manakala harga runcit RON97 pula RM4.00 seliter.
Harga runcit diesel tanpa subsidi juga turun 10 sen kepada RM3.97 seliter, bagi tempoh sama.
“Harga pasaran petroleum antarabangsa terus menyederhana berbanding paras tertinggi yang dicatatkan semasa kemuncak krisis Asia Barat.
“Perkembangan ini disokong oleh tanda-tanda pemulihan aliran bekalan global serta jangkaan bahawa rundingan berkaitan konflik tersebut dapat mengurangkan risiko gangguan bekalan minyak mentah,” katanya Kementerian Kewangan.
Harga petroleum bersubsidi bagi Budi MADANI RON95 (BUDI95) dan diesel di Malaysia Timur masing-masing kekal, iaitu RM1.99 seliter dan RM2.15 seliter.
Harga bahan api bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) juga kekal, masing-masing RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Sementara itu, kerajaan akan melaksanakan Budi MADANI Diesel (BUDI Diesel) mulai esok bagi menyeragamkan pelaksanaan subsidi diesel di seluruh negara.
