
PETALING JAYA: Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan RON97 turun 25 sen bagi tempoh 25 Jun hingga 30 Jun.
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dikemas kini kepada RM3.47 seliter, manakala harga runcit RON97 pula RM4.10 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung juga turun 30 sen kepada RM4.07 seliter, bagi tempoh sama.
“Penurunan ini mencerminkan perkembangan pasaran minyak global yang lebih menggalakkan, susulan penyederhanaan harga minyak mentah global dan perkembangan lebih positif dalam konflik di Asia Barat,” kata Kementerian Kewangan.
Harga petroleum bersubsidi bagi Budi MADANI RON95 (BUDI95) dan diesel di Malaysia Timur masing-masing kekal, iaitu RM1.99 seliter dan RM2.15 seliter.
Harga bahan api bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) juga kekal, masing-masing RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Sementara itu, kerajaan akan melaksanakan Budi MADANI Diesel (BUDI Diesel) mulai 1 Julai 2026 bagi menyeragamkan pelaksanaan subsidi diesel di seluruh negara.
