
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin akan kembali sebagai ketua pembangkang, umum Presiden PAS Hadi Awang.
Berucap di konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, Hadi berkata PAS mendapatkan pandangan daripada Ahli-ahli Parlimennya serta mereka yang sehaluan dengan Hamzah, termasuk 13 orang yang masih bersama Bersatu.
PAS juga memutuskan untuk mengekalkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi Perikatan Nasional.
Samsuri, yang merupakan naib presiden PAS, mengambil alih jawatan pengerusi PN pada Februari selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berundur.
Beliau menggantikan Hamzah sebagai ketua pembangkang pada bulan lepas.
BERITA LANJUT MENYUSUL
