
PETALING JAYA: Bekas ketua pembangkang, Hamzah Zainudin melancarkan parti baharu, Parti Wawasan Negara, pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan.
Pelancaran ini empat bulan selepas Ahli Parlimen Larut berkenaan dipecat daripada Bersatu susulan krisis kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin.
Konvensyen dihadiri kepimpinan tertinggi PAS, termasuk Presiden Hadi Awang, serta Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga pengerusi Perikatan Nasional.
“Parti yang saya nak maklumkan ini nama ini diberikan oleh ‘ayahanda’ iaitu ‘ayah cik’ kita (Hadi),” katanya.
Hamzah berkata parti ini akan melakukan mesyuarat agung tahunan yang pertama pada minggu hadapan.
Penganjur mengumumkan seramai 20,000 peserta menghadiri konvensyen berkenaan.
BERITA PENUH MENYUSUL
