Status hubungan PAS-Bersatu ditentukan esok, kata Hadi

Pada 22 Mei lalu, Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin yang kesabaran parti itu ‘ada batas’.

KUALA LUMPUR: PAS akan membuat keputusan berhubung hubungan dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) pada mesyuarat jawatankuasanya esok malam, kata Presiden Abdul Hadi Awang.

“Besok Insya-Allah hari Isnin,

“Kita mesyuarat malam” katanya diminta mengulas bila pimpinan parti itu akan bermesyuarat bagi menentukan hubungan PAS dan Bersatu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang itu merasmikan buku perang Iran-Israel di Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur.

Hubungan antara kedua-dua rakan komponen dalam PN itu semakin tegang selepas Hadi menyatakan PAS akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti pimpinan Muhyiddin Yassin yang didakwa tidak selari semangat setia kawan.

Pada 22 Mei lalu, Hadi memberi amaran kepada Bersatu yang dipimpin bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bahawa kesabaran parti itu ‘ada batas’.

Antara perkara dibangkitkan Hadi adalah penarikan sokongan Adun Bersatu di Negeri Sembilan untuk bersama Umno bagi membentuk kerajaan negeri, perkembangan di Perlis yang menyaksikan tampuk pemerintahan beralih ke Bersatu, dan campur tangan pelantikan exco Kedah dan timbalan speaker di Kelantan.

Turut disentuh pendirian Bersatu yang didakwa tidak bersetuju usaha membawa masuk parti Melayu-Islam dan parti bukan Islam tertentu ke dalam PN.

Author: admin