Amaran ribut petir di 6 negeri hingga 3 petang

hujan ribut
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan kepada Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri Pantai Timur terbabit ialah Terengganu (Kuala Terengganu dan Marang) serta Pahang (Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Pantai Barat Semenanjung pula, keadaan sama dijangka melanda seluruh Melaka serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Di Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Sabah bagi kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Author: admin