Jho Low mohon pengampunan Trump

jho low
Seorang pegawai Rumah Putih berkata permohonan Low Taek Jho tidak berada dalam perhatian Rumah Putih ketika ini. (Gambar fail)

NEW YORK: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor Wall Street Journal pada Selasa.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu segera.

Sumber yang mengetahui perkara itu berkata, permohonan itu dikemukakan beberapa minggu ini dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah AS terhadapnya.

Menurut laporan itu, laman web Jabatan Kehakiman menyenaraikan satu permohonan masih tertangguh bagi ‘Pengampunan selepas Hukuman’ atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata, permohonan Low tiada dalam perhatian Rumah Putih ketika ini.

Author: admin