4,708 hilang kerja awal April dipantau rapi kerajaan, kata menteri

Akmal Nasrullah Nasir
Menteri Ekonomi Akmal Nasir, berkata trend pemberhentian pekerja masih memerlukan pemantauan rapi, bagaimanapun ia belum menunjukkan tekanan berskala besar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 4,708 pekerja dilaporkan hilang kerja bagi tempoh 16 hari pertama April berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Ekonomi Akmal Nasir, berkata trend berkenaan masih memerlukan pemantauan rapi, bagaimanapun ia belum menunjukkan tekanan berskala besar.

“Namun, pengalaman lalu menunjukkan impak kejutan kos tenaga kepada pekerjaan lazimnya muncul dengan sedikit jarak waktu.

“Oleh itu, suku kedua 2026 akan menjadi tempoh penting untuk menilai sama ada tekanan kos dihadapi syarikat mula diterjemahkan kepada langkah pengurangan operasi atau pekerjaan,” katanya dalam taklimat disiarakan secara langsung.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin