Gempa bumi sederhana landa Sumatera utara

gempa bumi sumatra
MetMalaysia memaklumkan gempa dengan kedalaman 18km itu berlaku pada jarak 67km barat dari Nias, Indonesia. (Gambar MetMalaysia)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.9 melanda Sumatera utara, Indonesia pada 4.06 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 18km itu berlaku pada jarak 67km barat dari Nias, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Author: admin