Umno terima KJ kembali

Bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, serah surat untuk kembali ke Umno pada 16 Mac lalu.

PETALING JAYA: Umno menerima kembali bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Perkara tersebut disahkan ahli MKT Puad Zarkashi ketika dihubungi FMT, berlatarkan mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno malam tadi.

Khairy menyerahkan surat rayuan untuk kembali menyertai Umno kepada Presiden Zahid Hamidi, pada 16 Mac lalu.

Bekas menteri itu berkata beliau menyahut undangan Umno kepada bekas ahli yang dipecat atau digantung untuk kembali dan memperkukuh parti.

Khairy yang pernah memegang pelbagai portfolio dipecat keahlian pada Jan 2023, dikatakan kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.

Beliau mengkritik Zahid secara terbuka menjelang pilihan raya tersebut, terutama selepas BN meletakkannya bertanding di kubu kuat Pakatan Harapan di Sungai Buloh.

Di luar Umno, Khairy kekal aktif dalam wacana awam sebagai penyampai radio dan hos audio siar politik Keluar Sekejap.

Jangkaan beliau akan kembali ke Umno dilaporkan sejak Oktober.

Author: admin