Malaysia adakan mesyuarat khas menteri luar Asean dalam masa terdekat

Anwar Ibrahim ketika menghubungi rakan sejawat dari Vietnam Phạm Minh Chính bagi membincangkan perkembangan semasa di rantau ini. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanggil mesyuarat khas menteri-menteri luar Asean dalam masa terdekat, untuk menilai situasi semasa dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata selaku pengerusi Asean, mesyuarat itu juga bagi mengukuhkan peranan kolektif dalam memelihara keamanan serantau.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook selepas menghubungi rakan sejawat, Perdana Menteri Vietnam Phạm Minh Chính bagi membincangkan perkembangan semasa di rantau ini, serta usaha bersama untuk memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.

“Dalam pada itu, saya turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan Vietnam dalam menangani isu penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU),” katanya.

Anwar berkata kerjasama itu termasuk penyelarasan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan langkah pencegahan.

“Saya yakin bahawa melalui dialog berterusan dan mekanisme sedia ada, isu ini dapat diselesaikan secara berhemah, tenang dan saling menghormati,” katanya.

Author: admin

2 thoughts on “Malaysia adakan mesyuarat khas menteri luar Asean dalam masa terdekat

  1. **mitolyn official**

    Mitolyn is a carefully developed, plant-based formula created to help support metabolic efficiency and encourage healthy, lasting weight management.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *