
PETALING JAYA: Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan mencabul kanak-kanak sembilan tahun dalam kejadian di Port Dickson, minggu lalu.
Tertuduh, Noor Aini Ismail, 63, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Kanageswari, menurut Berita Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Desa Port Dickson, Port Dickson, 6 Disember lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin dan kes serius.
Mahkamah kemudiannya bersetuju dengan pihak pendakwaan dan menetapkan 19 Disember untuk fakta dan hukuman.

Alright, supremabet1… not bad, not bad at all. Good selection of sports, and the payouts seem fair enough so far. I’d say give it a shot and see if it works for you. supremabet1
**mitolyn reviews**
Mitolyn is a carefully developed, plant-based formula created to help support metabolic efficiency and encourage healthy, lasting weight management.