Ronald Kiandee dan Aliakbar Gulasan antara nama besar dipertaruh PN pada PRN Sabah.
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan bertanding 40 daripada 73 kerusi sempena PRN Sabah yang calonnnya diumumkan Pengerusi Muhyiddin Yassin hari ini.
Pengerusi PN Sabah Ronald Kiandee akan bertanding di Sugut salah satu DUN di Parlimen Beluran yang diwakilinya.
PN juga meletakkan harapan pada Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan untuk merampas DUN Karambunai manakala Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah Nabila Norsahar di Darau.
DUN Sugut PRN lalu dimenangani James Ratib dari BN sebelum wakil rakyat itu menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sementara Karambunai diwakili Yakubah Khan (BN) dan DUN Darau diwakili Azhar Matussin dari Warisan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
